Salah sebuah kenderaan yang dibatal pendaftarannya, disita dalam operasi penguatkuasaan dari 11 hingga 19 November.
SingapuraNov 20, 2026 | 7:57 PM

126 kenderaan dibatal pendaftarannya, disita dalam operasi 9 hari

Hampir 130 kenderaan yang dibatalkan pendaftarannya, telah disita untuk siasatan dalam operasi sembilan hari bagi mempertingkat penguatkuasaan terhadap pemilikan kenderaan sedemikian secara haram.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 20 November berkata 126 kenderaan disita dalam operasi dari 11 hingga 19 November.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad (kiri), dan Pengerusi Eksekutif Masjid di Tampines North, Ustaz Firdaus Khan Jamal Khan (kanan), melihat reka bentuk masjid baharu yang akan dibina di Tampines North Drive 5 di Masjid Darul Ghufran pada 20 November.
SingapuraNov 20, 2026 | 8:37 PM

Lebih 700 orang sumbang idea kepada reka bentuk masjid baharu

Maklum balas daripada lebih 700 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat, seperti kumpulan kariah masjid dan penduduk Tampines, telah diperoleh bagi mencipta reka bentuk masjid baharu di Tampines North yang dijadual dibuka pada 2029.

Para peserta telah didekati menerusi beberapa sesi rundingan anjuran jawatankuasa yang dilantik Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) antara September 2025 dengan Februari 2026.

Jemaah meninjau cadangan reka bentuk masjid baharu di Tampines North yang dipamerkan di Masjid Darul Ghufran pada 20 November.
SingapuraNov 20, 2026 | 7:51 PM

Jemaah sambut baik reka bentuk, kemudahan masjid baharu di Tampines North

Membesar di Tampines dan kini melihat keempat-empat anaknya turut membesar di estet kejiranannya itu, Encik Nor Shafik Ab Hamid, semakin teruja menantikan pembinaan masjid baharu di Tampines North menjadi kenyataan.

Apatah lagi, pembinaan masjid tersebut sebelum ini tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Perpustakaan Awam Ang Mo Kio baharu, yang berpindah dari bangunan dua tingkat di Ang Mo Kio Avenue 6 ke bekas ruang pawagam Cathay Cineplexes di tingkat empat AMK Hub, menampilkan rak buku dari lantai hingga ke siling dengan ketinggian enam meter.
SingapuraNov 20, 2026 | 7:16 PM

Perpustakaan Ang Mo Kio dibuka semula di AMK Hub

Ruang utama Perpustakaan Ang Mo Kio yang baru dibuka semula di AMK Hub, dilengkapi rak buku dari lantai hingga ke siling, setinggi enam meter, dengan lebih 5,500 buku terpakai dipamerkan di bahagian atas rak.

Ruang yang merangkumi ketinggian dua tingkat itu – yang pertama seumpamanya bagi perpustakaan awam di Singapura – disifatkan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) sebagai ‘syurga buku’...

AI dalam pendidikan, guru bahasa Melayu, bahan pengajaran interaktif
SingapuraNov 20, 2026 | 6:57 PM

Guru bahasa Melayu teroka guna AI dalam bengkel Gen G BH

Guru daripada sekolah rendah dan menengah telah meneroka penggunaan kecerdasan buatan generatif (Gen AI) untuk mengolah artikel Berita Harian (BH) agar menjadi bahan pengajaran interaktif pada 20 November.

Seramai 80 guru menyertai Bengkel AI anjuran BH itu di Auditorium SPH Media yang terletak di Toa Payoh North.

Masjid baharu, Tampines North, lebih daripada tempat ibadah
SingapuraNov 20, 2026 | 6:40 PM

Masjid baharu Tampines North tampil ciri mesra keluarga; mampu tampung 4,000 jemaah

Daripada bilik penyusuan bayi dan ruang jagaan kanak-kanak untuk keluarga, ruang khas bagi kegiatan dan pembelajaran belia, hinggalah kepada kemudahan mesra bagi golongan warga emas dan jemaah yang mempunyai keperluan mobiliti.

Inilah antara kemudahan yang bakal disediakan di masjid baharu yang akan dibina di Tampines North, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, semasa mendedahkan reka...

Pusat Sukan ActiveSG Punggol rasmi dibuka 22 November!
Play Video

Di sebalik tabir kerjasama BH-Singa Legends
Play Video

Pusat Sukan ActiveSG Punggol rasmi dibuka 22 November!
Play Video

Pengalaman unik menginap dalam Boeing 747 di JB
Play Video

Sokongan Kos Sara Hidup MUIS ringankan beban ibu tunggal 4 anak
Play Video