KABUL: Kumpulan militan Taleban telah mengisytiharkan perang di Afghanistan sudah berakhir selepas ia menguasai istana presiden di Kabul, sedang pasukan pimpinan Amerika Syarikat mengundurkan diri dan negara Barat kelam-kabut untuk memindahkan penduduk mereka semalam.
Presiden Afghanistan, Encik Ashraf Ghani telah melarikan diri dan meninggalkan negara itu kelmarin apabila kumpulan militan memasuki ibu kota, sambil berkata beliau mahu mengelak pertumpahan darah...





