Di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi akibat perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI), kekuatan rangkaian masyarakat serta semangat saling menyokong menjadi benteng utama dalam memastikan tiada pelajar ketinggalan.
Demikian ditekankan oleh Menteri Pendidikan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, semasa berucap di Majlis Anugerah Dermasiswa Tahunan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) ke-61 di Pusat Konvensyen Politeknik Ngee Ann...




