Bumi kita ini semakin tenat, bahkan laporan Panel Silang Pemerintah bagi Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan baru-baru ini mendedahkan kadar dan kesan perubahan iklim lebih meruncing daripada yang disangka. Sebagai Muslim, kita dituntut untuk memelihara bumi ini dan menjauhkan perkara-perkara yang merosakkannya. Justeru, menyumbang kepada usaha-usaha menjaga alam sekitar dan menggalak kehidupan lebih mampan juga merupakan satu ibadah. Dalam HIDAYAH...





