KEHARMONIAN kaum tidak berlaku secara spontan di Singapura. Ia hasil kerja keras, pengorbanan dan kebijaksanaan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong. Menurutnya, hubungan kaum mengalami tekanan semasa penularan Covid-19. Terdapat lebih banyak insiden perkauman, sebilangannya tular secara meluas di media sosial. Kejadian perkauman itu mengingatkan negara ini betapa rapuhnya keharmonian Singapura, kata PM Lee.
"Perintis kita beriltizam untuk...





