PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa mulai November ini, jururawat Muslim di sektor kesihatan awam akan dibenarkan memakai tudung dengan seragam mereka, jika mereka mahu. Beliau menjelaskan, memakai tudung telah menjadi semakin penting buat masyarakat Muslim. Ia mencerminkan trend keagamaan yang lebih kuat dalam Islam, di seluruh dunia, di Asia Tenggara, dan di Singapura.
"Bagi ramai wanita...





