Pakar tembikar terkemuka, Dr Iskandar Jalil; Ketua Hakim Negara, Encik Sundaresh Menon dan mantan Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik Eddie Teo Chan Seng antara lebih 400 individu yang menerima penghormatan Hari Kebangsaan dalam satu majlis di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central pada 22 November.
Presiden Tharman Shanmugaratnam, yang menyampaikan anugerah tersebut, memberi penghargaan kepada para penerima atas khidmat bakti...




