SETELAH berdekad lamanya hidup berjiran di Tanglin Halt, hubungan Cik Banon Abu Hassan, Cik Zaiton Piran, Cik Ponya Wajiman dan suaminya Encik Mohammad Dullah sudah ibarat adik beradik.
Malah, dalam meniti usia emas sekarang, merekalah tempat bergantung satu sama lain, membantu sesama mereka dalam hampir segala aspek kehidupan.





