Sebuah bas terbakar di Braddell Road menghala ke Bartley Road pada 23 November petang, menyebabkan 10 perkhidmatan bas mengalami kelewatan dan lencongan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada sekitar 6.55 petang.
“Kebakaran itu melibatkan bahagian enjin bas tersebut. SCDF telah memadamkan api menggunakan satu pancutan air serta satu hos.
“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu. Punca...




