DUSHANBE: Lebih 1,000 tentera Afghanistan melarikan diri ke Tajikistan awal pagi tadi selepas pertempuran dengan Taleban, kata jawatankuasa keselamatan negara itu.
Militan Taleban sudah melancarkan beberapa serangan besar-besaran di Afghanistan utara sejak beberapa minggu terakhir, ketika tentera Amerika Syarikat dan antarabangsa berundur dari negara itu.





