Visi serta matlamat yang sehaluan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat mendorong Berita Harian (BH) dan Singa Legends berganding bahu menganjurkan Kem Bola Sepak BH-Singa Legends, kata Pengerusi Singa Legends, Encik Farehan Hussein.
Menurutnya, bola sepak seharusnya menjadi jambatan yang membuka ruang buat semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, selain mendedahkan generasi muda kepada barisan legenda tanah air yang pernah berjuang...




