Pada Mei tahun lalu, seorang penduduk bandar Yongin berusia 29 tahun diuji positif Covid-19 selepas mengunjungi lima kelab gay di kawasan Itaewon.
Pihak berkuasa menghadapi cabaran menjejak kontak orang yang pergi ke kelab sama. Lebih separuh daripada lebih 5,500 orang yang mengunjungi lima kelab itu tidak dapat dihubungi hampir seminggu selepas penduduk itu diuji positif.





