ISKANDAR PUTERI: Tambang rasmi RTS Link Johor Bahru-Singapura dijangka diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia pada Januari 2027, menjelang permulaan perkhidmatan yang dijadualkan pada Februari 2027.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata tambang sehala dan ulang-alik belum dimuktamadkan dan masih diteliti bersama pihak berkaitan, termasuk RTS Operations Pte Ltd (RTSO) serta kerajaan...




