Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam menyifatkan kejadian pelajar 16 tahun didakwa membunuh rakan pelajar 13 tahun, sebagai 'antara perkara paling buruk boleh berlaku kepada ibu bapa'.
Seorang pelajar 16 tahun dari Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) telah didakwa atas tuduhan membunuh seorang rakan pelajar berusia 13 tahun, di sebuah mahkamah distrik pada pagi Selasa (20 Julai).





