LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengakhiri tempoh lockdown atau sekatan menyeluruh di England semalam, tetapi menggesa pihak awam supaya terus berwaspada dan berkata vaksin akan terus melindungi negara itu meskipun kadar jangkitan terus melonjak.
Keputusan Encik Johnson untuk menghentikan semua sekatan dengan tujuan menghidupkan semula ekonomi yang dirobek pandemik sejak Mac 2020 diharap membuka lembaran baru dalam respons negara...





