Semua Kegiatan Ko-kurikular (CCA) secara fizikal dan kelas pengayaan tidak penting di sekolah akan ditangguhkan sehingga notis lanjut.
Bagi kelas pendidikan jasmani, sekolah-sekolah akan hanya mengendalikan kegiatan yang membuka pelitup secara berindividu di tempat terbuka atau ruang yang mempunyai aliran udara baik, kata Kementerian Pendidikan (MOE).





