KEMENTERIAN Undang-Undang (MinLaw) akan melanjutkan Program Ketakmampuan Bayar Dipermudah, atau Simplified Insolvency Programme (SIP) selama 12 bulan bagi membantu syarikat mikro dan kecil yang menghadapi masalah kewangan daripada Covid-19 untuk menyusunkan semula hutang mereka.
Tempoh permohonan akan dilanjutkan sehingga 28 Julai tahun depan, dari jadual awal yang sepatutnya berakhir esok.





