Pengurus Chelsea, Xabi Alonso (kiri), kelihatan muram selepas pasukannya tewas kepada Nottingham Forest pada 27 November.
SukanNov 28, 2026 | 6:13 PM

Alonso akur Chelsea lalui ‘tempoh sukar’ selepas tewas kepada Forest 

NOTTINGHAM: Pengurus Chelsea, Xabi Alonso, mengakui pasukannya sedang melalui tempoh yang sukar. Beliau turut menyeru para pemain supaya terus bersatu selepas pasukan itu tewas 3-2 kepada Nottingham Forest pada 27 November.

Pasukan Alonso terjerumus ke kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana England (EPL), sekali gus kekal di tangga kelapan, kedudukan yang berkemungkinan merosot lagi selepas perlawanan lain hujung minggu ini.

Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) bagi GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha (kanan) berinteraksi bersama seorang peserta program ‘Kembali Ke Sekolah’ (BTS), Muhammad Azka Akid Muhammad Aidill (tengah, berbaju biru) di reruai Oribotix, di Masjid Al-Istighfar pada 28 November. Program tahunan M³+@Pasir Ris–Changi yang memasuki tahun kelima itu antara lain menampilkan Oribotix, sebuah inisiatif robotik berasaskan masyarakat bertujuan memudahkan akses kepada pembelajaran robotik.
MasyarakatNov 28, 2026 | 7:11 PM

Lebih 100 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan didedah kepada AI, robotik menerusi program M³

Lebih 100 pelajar berusia antara empat dengan 17 tahun daripada keluarga berpendapatan rendah berpeluang mengikuti kegiatan pembelajaran amali dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta kecerdasan buatan (AI).

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada program tahunan ‘Kembali Ke Sekolah’ (BTS) M³+@Pasir Ris–Changi yang kini memasuki tahun kelima dengan pendekatan dipertingkat.

Ini di samping menerima keperluan sekolah termasuk set alat...

SG Health Alliance, penjagaan kesihatan masyarakat, pesakit kronik,  Ong Ye Kung
SingapuraNov 28, 2026 | 6:19 PM

5 badan penjagaan kesihatan masyarakat gabung, perkukuh khidmat kepada pesakit kronik 

Lima pertubuhan penjagaan kesihatan masyarakat telah bergabung dengan matlamat memudahkan rakyat Singapura mencegah dan menguruskan penyakit kronik.

Dikenali sebagai SG Health Alliance, usaha kolektif itu bertujuan membantu lebih ramai orang memahami risiko kesihatan mereka, mengambil tindakan pencegahan lebih awal serta mendapatkan penjagaan dan sokongan yang sesuai dalam masyarakat.

Pakatan itu terdiri daripada Diabetes Singapore, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Persatuan...

 ‘Goals for Good’, bola sepak, dana, amal, Janil Puthucheary
SingapuraNov 28, 2026 | 6:15 PM

Acara ‘Goals for Good’ kumpul $150,000 untuk amal

Kira-kira $150,000 dikumpulkan menerusi acara bola sepak amal korporat Goals for Good di Pusat Sukan ActiveSG Punggol yang baharu pada 28 November.

Dengan kehadiran Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pendidikan), Dr Janil Puthucheary, sebagai tetamu terhormat, acara itu juga merupakan acara korporat pertama yang diadakan di kemudahan enam tingkat tersebut sejak dirasmikan pada 22 November.

Program itu diadakan...

Ustazah Siti Raudhah Ramlan (tengah) merupakan antara penerima Biasiswa Rangkaian Karyawan dan Sukarelawan Asatizah (APVN) Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas). Biasiswa tersebut disampaikan Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pergas, Ustazah Nurdiana Hanim Abdul Rahman. pada 28 November di Paradise@Pergas, Changi Road.
SingapuraNov 28, 2026 | 5:47 PM

Pengalaman jaga nenek dorong asatizah dalami keperluan warga emas

Semakin seseorang bergantung pada bantuan orang lain, semakin penting untuk memastikan mereka tetap diberi ruang untuk membuat pilihan sendiri.

Prinsip itu mula dihayati Ustazah Siti Raudhah Ramlan, 30 tahun, ketika beliau menjadi penjaga utama arwah neneknya.

Apabila kesihatan dan keupayaan fizikal neneknya semakin merosot, Ustazah Siti Raudhah mula memikirkan cara untuk terus menyokong kesejahteraan emosi dan kerohanian neneknya selain memenuhi...

PRN Sarawak, DUN, GPS, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg
MalaysiaNov 28, 2026 | 4:48 PM

PRN Sarawak: GPS menang 29 kerusi tanpa bertanding selepas penamaan calon tutup

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi 29 kerusi tanpa bertanding apabila penamaan calon ditutup pada 28 November.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, berkata jumlah itu merupakan kemenangan tanpa bertanding tertinggi di Sarawak setakat ini, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 1996 yang menyaksikan 19 kerusi dimenangi tanpa bertanding.

“Ini sebahagian daripada demokrasi. Sesiapa yang mahu bertanding...

Menteri Ekon M’sia: Pelancaran pelan induk JS-SEZ ditangguh ke awal 2027
Play Video

Nenek 73 tahun buat ‘lunges’ sambil goreng ayam?
Play Video

Usia 73 tahun, kena ‘paksa’ oleh anak sertai HYROX?!
Play Video

Nampak Lori, Tapi Pemandu Nampak Anda?
Play Video

Nampak Lori, Tapi Pemandu Nampak Anda?
Play Video