Encik Peter Ong (bukan nama sebenar) sering juga menerima panggilan yang mendakwa beliau mempunyai kiriman untuk diambil dari pejabat pos, atau telefonnya mempunyai masalah yang perlu dibetulkan penyedia khidmatnya.
Namun, pesara berusia 70-an tahun itu tidak pernah melayan. "Jelas sekali mereka ni semua penipu. Anak saya pun pernah ingatkan saya dan isteri mengenai penipuan seperti ini, jadi saya tahu," katanya.





