Menyarungkan kostum kancil berwarna coklat terang, Rizq Dawood Ridzwan, lima tahun, petah melontarkan dialog dan menyanyi dalam bahasa Melayu.
“Hmm, saya ada idea, gajah panggil tupai!” jeritnya kepada rakan-rakannya yang turut melakonkan watak haiwan lain seperti tupai, harimau dan buaya.
Bukan itu sahaja, mereka turut mendendangkan lagu Bebola Tupai – sebuah rendisi unik yang diinspirasikan daripada lagu klasik kumpulan Sweet...




