MENERIMA mesej untuk membuat janji temu vaksin pada 1 Jun, Muhammad Faeiz Mohd Adzlan, seorang pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah melahirkan rasa gembira dan akhirnya kini dapat menghela nafas lega.
Dengan jumlah kes Covid-19 yang meningkat di sini, Muhammad Faeiz akui beliau sering rasa gelisah ketika berada di tempat awam.





