SAINTIS Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah mengusahakan pelitup pakai semula yang boleh membunuh titisan bakteria dalam masa 45 saat serta menyaring 99.9 peratus bakteria, virus dan butiran jerebu - lebih baik daripada pelitup gred perubatan N95 yang digunakan di hospital.
Pelitup N95 berupaya mencegah sekitar 95 peratus titisan ampaian cecair dan bahan partikel berukuran sekitar 0.3 mikron daripada menembusinya.





