DALAM forum IPS-RSIS mengenai Kaum dan Perkauman di Singapura Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengambil kesempatan mengadakan dialog bersama peserta. Berikut sedutan dialog itu:
Soalan: Saya memahami aspirasi dan usaha yang kita sedang lakukan, namun dalam perbincangan media sosial berkaitan kejadian baru-baru ini, saya mula tertanya-tanya. Anda menyentuh tentang kes tertentu - pasangan berlainan bangsa yang dilontar kata-kata berbaur perkauman...





