MENTERI Ehwal Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akan mengunjungi Singapura bagi satu lawatan rasmi dua hari bermula semalam, yang antara lain dijangka membincangkan kerjasama pasca-Covid-19 antara kedua-dua negara.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan semalam berkata Datuk Seri Hishammuddin akan menemui Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Teo Chee Hean, serta Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan.





