MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) melahirkan kerisauan dan kekecewaan terhadap kekerasan yang berlaku ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis.
Dalam satu pos di Facebook semalam, Muis berkata ia mengutuk sebarang tindakan keganasan terhadap mereka yang tidak bersenjata.






