WARTAWAN veteran Patrick Daniel akan kembali ke Singapore Press Holdings (SPH) untuk mengetuai perniagaan medianya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara selepas syarikat tersebut dipindahkan kepada syarikat berhad dengan jaminan (CLG).
Pengerusi SPH Media Trust Khaw Boon Wan mengumumkan demikian pada Rabu (12 Mei) semasa satu sesi pertemuan dengan kakitangan SPH.






