BELIAU akur bukan seorang pakar dalam bidang media tetapi bakal pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan, berkata beliau percaya dapat menambah nilai kepada entiti baru itu.
"Saya ada sesuatu yang berguna untuk saya kongsikan kepada CLG (syarikat berhad dengan jaminan) dan saya akan pastikan saya lakukan apa yang boleh saya laksanakan.





