WARTAWAN veteran, Encik Patrick Daniel akan kembali aktif dalam bidang media untuk menerajui SPH Media Trust sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara.
Beliau akan menggalas tanggungjawab itu selepas SPH Media dipindahkan kepada entiti syarikat berhad dengan jaminan, atau company limited by guarantee (CLG).





