ORANG ramai boleh menghantar karya penulisan lirik lagu Hari Raya serta filem pendek mengenai kawasan budaya Geylang Serai dalam dua peraduan berasingan anjuran Wisma Geylang Serai (WGS).
Peraduan 'Ilham' merupakan sebuah pertandingan menulis lirik lagu Raya yang membolehkan juara mendapat wang tunai $6,000 daripada firma penyedia alat elektronik, BeyerDynamic Asia, menurut kenyataan WGS semalam.





