Dia sedar dia disemadikan di sini. Batu nisan ini sudah dua macam warnanya, berlumut dan sepi sejak hampir lima abad yang lalu. Bermakna juga dia memang tidak berada di bumi Melaka tercinta dalam keadaan diam tetapi tidak diam dan kaku. Diamnya dan kakunya diriuhkan suasana hangat. Hangat dipanggang semula kenangan mengusik kalbu. Kalbu yang pernah tersiat dan berdarah. Darah yang...





