KAHIRAH: Sebahagian kapal kontena besar yang tersadai di Terusan Suez telah berjaya diapungkan semula semalam, langkah pertama dalam usaha menyambung pengangkutan perdagangan menerusi laluan yang dianggap antara terpenting di dunia.
Ini hasil percubaan baru untuk membebaskan kapal itu yang melibatkan 10 kapal tunda, menurut Penguasa Terusan Suez di Mesir.





