LEBIH 10,000 individu telah menerima bantuan di bawah Geran Pemulihan Covid-19 (CRG) sejak pelancarannya pada Januari dengan sekitar $10 juta diagihkan sehingga 22 Mac bagi membantu penerima yang terjejas kewangannya sewaktu pandemik ini.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengumumkan perangkaan terkini dan sokongan lanjutan di bawah geran itu pada Selasa (30 Mac).





