SEKITAR 90 hingga 95 peratus kanak-kanak yang menghadiri program ReadAble merupakan kanak-kanak Melayu, namun bilangan sukarelawan berbangsa Melayu yang membantu menjalankan program tersebut amat sedikit.
Oleh itu, pengasas bersama ReadAble amat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan Melayu turut serta dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca dan mengira kanak-kanak ini.






