ADAKAH anda seorang warga lanjut usia yang sedang merancang bagi persaraan, namun bimbang tidak dapat memenuhi Jumlah Persaraan Asas CPF anda?
Usah bimbang kerana sokongan kini disediakan. Warga Singapura lanjut usia berpendapatan rendah hingga pertengahan yang tidak dapat memenuhi Jumlah Persaraan Asas kini boleh menerima sokongan Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS) agar dapat meningkatkan simpanan persaraan.





