PRESIDEN Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, kelmarin mengumumkan sekatan terhadap pemimpin tentera Myanmar serta menuntut mereka melepaskan kuasa, selepas puluhan ribu rakyat turun ke jalan berhimpun di ibu kota untuk hari kelima berturut-turut bagi menuntut kembalinya demokrasi.
Perintah eksekutif yang dikeluarkan Amerika itu tidak diendahkan junta tentera yang sejauh ini telah menahan lebih 170 orang dengan beberapa daripada mereka ditahan...





