YANGON: Junta tentera Myanmar memutuskan hubungan telekomunikasi buat hari kedua berturut-turut, sebagai satu usaha membendung bantahan besar-besaran rakyat dan kemarahan mereka terhadap rampasan kuasa yang dilakukannya pada 1 Februari.
Langkah memutuskan talian telekomunikasi dibuat sebaik sahaja selepas siaran televisyen pemerintah MRTV mengumumkan tindakan ketua junta, Jenderal Min Aung Hlaing, memperkenal satu undang-undang telekomunikasi baru, yang butirannya dijadualkan diumum semalam.





