ORANG ramai yang ke Our Tampines Hub (OTH) kini boleh menikmati haruman herba dan keindahan bunga warna-warni di satu kebun baru yang dilancarkan semalam.
Dipanggil Kebun Terapeutik Kita, ia menampilkan sekitar 40 jenis tumbuhan seperti bunga mawar, bunga raya, daun pudina dan serai.





