KLINIK yang diberi kuasa mengendalikan ujian Covid-19 prakeberangkatan (PDT) bagi pengembara yang keluar dari Singapura perlu mengeluarkan sijil keputusan ujian digital mulai 10 Mac ini sebagai gantian sijil fizikal yang digunakan kini.
Inisiatif ini sepatutnya dilaksanakan pada 10 Februari, tetapi ia tertunda selama sebulan bagi memberi masa tambahan buat klinik dan makmal membangun keupayaan pendigitalan sijil PDT.





