LONDON: Seorang hakim Britain memutuskan kelmarin bahawa pengasas WikiLeaks Julian Assange tidak patut diserah balik ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan jenayah termasuk melanggar undang-undang pengintipan, menyatakan masalah kesihatan mentalnya bererti dia mempunyai risiko bunuh diri.
Amerika Syarikat berkata ia akan terus berusaha mendapatkan penyerahan balik Assange yang merupakan kelahiran Australia dan pendakwa Amerika Syarikat bersedia mengemukakan rayuan keputusan kelmarin...





