RANCANGAN untuk membangunkan kawasan Geylang Serai menjadi jalur budaya masyarakat Melayu didedahkan semalam.
Pelbagai inisiatif, dari segi pembangunan prasarana dan program masyarakat, akan dilaksanakan di bawah projek Jalur Budaya Geylang Serai itu. Usaha itu bertujuan menyuntik nafas baru kepada kawasan tersebut, serta meraikan sejarah dan warisannya.





