SEORANG lelaki berusia 33 tahun telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam siri kes peras ugut dalam talian.
Dalam kenyataannya pada Sabtu (30 Januari), polis menjelaskan sekitar 10 malam pada 19 Oktober 2020, pihaknya menerima laporan seorang mangsa yang mengatakan dirinya diperas ugut seorang lelaki yang dikenali dalam aplikasi dating.





