Dua lelaki telah diberkas menyusuli satu pergaduhan yang berlaku dalam sebuah kereta api yang sedang berhenti di stesen MRT Orchard pada malam Khamis.
Video pergaduhan yang dikongsi di media sosial pada Jumaat menunjukkan seorang lelaki berbaju warna biru gelap berada atas lantai kereta api tersebut, sambil menumbuk dan menendang seorang lelaki lain yang memakai baju biru terang.





