SingapuraMay 16, 2023 | 5:27 PM

Had usia beku telur wanita dinaikkan

HAD usia bagi proses membekukan telur (EEF) wanita telah dinaikkan kepada 37 tahun, berbanding 35 tahun, bila pembekuan telur elektif mula dilaksanakan di sini menjelang 1 Julai 2023.

Mengumukan demikian pada Isnin, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata langkah itu bagi memberi lebih banyak peluang kepada wanita yang ingin mengekalkan kesuburan mereka...

Pengasas Love Aid Singapore, Encik Gilbert Goh (tengah), melawat Hospital Pemerintah Jenin di Tebing Barat pada Ogos.
SingapuraSep 23, 2026 | 10:17 PM

Love Aid Singapore batal rancangan kerjasama dengan Hospital Al-Awda di Gaza

Pertubuhan bukan pemerintah (NGO) tempatan, Love Aid Singapore (LAS), tidak akan meneruskan cadangan kerjasamanya dengan pertubuhan kesihatan Palestin, Hospital Al-Awda, bagi mengendalikan Poliklinik Love Singapore di Gaza.

Pengasas LAS, Encik Gilbert Goh, dalam satu kenyataan pada 23 September berkata, keputusan itu diambil susulan kebimbangan mengenai dakwaan pertalian politik yang dikaitkan dengan organisasi kesihatan Palestin tersebut.

pembangunan mampan
SingapuraSep 23, 2026 | 9:45 PM

16 individu, perusahaan pacu masa depan lebih mampan diiktiraf

Seramai 16 individu dan perusahaan telah diiktiraf atas sumbangan mereka terhadap pembangunan mampan dan daya usaha memacu inovasi ke arah masa depan yang lebih hijau dan inklusif di Anugerah Impak Kemampanan 2026 (Anugerah SI) pada 23 September.

Anugerah yang dianjurkan bersama oleh The Business Times (BT) dan UOB itu telah berlangsung di Hotel Shangri-La dan dihadiri tetamu terhormat, Pengerusi Yayasan...

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda), Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa (IAC), sebagai sebahagian usaha berterusan Singapura untuk memperkukuh mutu prasekolah, Prasekolah Bermutu 2030
SingapuraSep 23, 2026 | 8:58 PM

Ecda tubuh jawatankuasa penasihat antarabangsa perkukuh mutu prasekolah

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa (IAC) sebagai sebahagian usaha berterusan Singapura untuk memperkukuh mutu prasekolah di bawah pelan Prasekolah Bermutu 2030.

Dalam satu kenyataan media pada 23 September, Ecda menyatakan bahawa IAC akan dipengerusikan oleh Menteri Negara Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Goh Pei Ming, dan menghimpunkan lima pakar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa...

penipuan, telefon, warga emas
Mata-mataSep 23, 2026 | 8:43 PM

Telefon warga emas dipercayai 'dikuasai’ penipu selepas muat turun aplikasi senaman

Apa yang bermula sebagai pendaftaran bagi program senaman air bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila telefon seorang warga emas berusia 66 tahun dipercayai diceroboh dan dikuasai pihak tidak dikenali pada 22 September.

Ketika anak warga emas itu sedang menghubungi DBS untuk mengesahkan mesej mencurigakan yang diterima bapanya, telefon Samsung Galaxy S26 itu tiba-tiba terkunci dan memaparkan tulisan putih berlatarkan skrin hitam:

Ketua Pegawai AI Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX), Encik Ang Chee Wee, berucap semasa persidangan Hari AI Nvidia di Singapura pada 23 September.
SingapuraSep 23, 2026 | 8:23 PM

Home Team guna cip AI terkini Nvidia untuk tingkat keupayaan robot

Masa depan yang menyaksikan anggota bomba menangani kebakaran loji kimia bersama robot pengesan bahaya kini lebih hampir menjadi kenyataan,

Ini boleh dilakukan apabila Home Team Singapura menggunakan cip kecerdasan buatan (AI) terkini daripada syarikat teknologi, Nvidia, untuk mempertingkat keupayaan robotiknya. Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) merupakan organisasi pertama di Singapura yang menggunakan cip GB300 terkini daripada Nvidia, yang...

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video

[OMGxBH] Apabila orang dewasa cuba kertas matematik PSLE...
Play Video

Dahulu pelanggan beratur di luar kedai, kini niaga ‘bombolini’ di TikTok Live
Play Video

3 tarikan utama Festival of Thrills!
Play Video