SEORANG penjaga stor FairPrice menerima rasuah berjumlah $4,320 daripada dua wakil pembekal makanan laut demi memajukan kepentingan perniagaan mereka dengan rangkaian pasar raya tersebut.
Dalam usaha menghapuskan jejaknya, Chua Teow Hym kemudian memadam perbualan WhatsAppnya dengan salah seorang wakil tersebut selepas lelaki itu, yang ketika itu sedang disiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), menasihatinya berbuat demikian.





