SELAIN menjimatkan masa perjalanan ke tempat lain, para penduduk yang tinggal berhampiran dengan enam stesen Laluan Rentas Pulau (CRL) fasa kedua boleh menikmati pelbagai kemudahan dan kegiatan yang ditawarkan di bahagian barat Singapura.
Memberi pendapat beliau, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Ayer Rajah CC, Encik Shahrin Abdol Salam berkata pembinaan stesen-stesen ini akan memberi lebih banyak manfaat positif.





