MEMBINA semangat persaudaraan dengan komitmen tidak berbelah bahagi menjadi senjata penting bagi kekuatan sesebuah kumpulan. Itulah yang dipegang kumpulan dikir barat Wira daripada Politeknik Republik, sekali gus menjelaskan rahsia di sebalik keutuhan kumpulan itu sehingga mereka berjaya menjadi juara pertandingan Dikir Barat Piala Suara Serumpun sebanyak lima kali. Terbaru mereka menjadi juara pertandingan itu ialah menerusi acara yang berlangsung Sabtu...





