DETROIT: Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, menggariskan tiga saranan bagi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memberi respons lebih berkesan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi hari ini.
Encik Gan, yang menghadiri sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) bagi Menteri-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat, berkata pertama ialah memperkenalkan semula sistem yang berkesan dan berfungsi sepenuhnya dalam bidang...





