IPOH: Malaysia bukan sahaja memerlukan media yang benar-benar bebas, tapi juga yang cukup berani untuk melaporkan sebarang berita tanpa rasa bimbang atau berat sebelah, kata Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Encik Fahmi Fadzil.
Beliau berkata media sedemikian diperlukan bukan semata-mata untuk mewujudkan semak dan imbang, malah ia juga bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi...






