Mantan pendidik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Madya Dr Kamsiah Abdullah, merupakan antara lima finalis bagi anugerah ‘Ibu Ideal’ semasa Pesta Kebangsaan Untuk Ibu Ideal Ke-7 di Luxor, Mesir, baru-baru ini.
Berusia 76 tahun, beliau merupakan satu-satunya finalis dari Singapura selain finalis lain dari Lebanon, Tunisia, Jordan dan Palestin. Anugerah ini mengiktiraf ibu contoh.





