Setelah bermain bola sepak secara profesional selama 15 tahun, Faritz Hameed mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada Rabu.
Faritz, 33 tahun, yang telah memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2011 dan 2013 bersama pasukan nasional bawah 23 tahun, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa beliau kini menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai ejen hartanah.





